Tuesday, 30 July 2013

::Khasiat ubi kentang::



Kalau kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya mesti makan nasi setiap hari,” kata seorang rakan apabila mendengar saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia. Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang. Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet.Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.“Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.“Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet,” katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.GlutenSelain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten.Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

.... Vitamin B12 .....




  • Vitamin B12 is also known as cobalamine and was the last vitamin to be discovered. It is the only B-vitamin the body stores in large amount, mostly in the liver. 
  • Vitamin B12 is essential for cell replication, particularly red blood cells. it maintains the protective health around nerves, help to convert food to energy, and plays a critical role in the production of DNA and RNA, the genetic material in cells. 
  • Vitamin B12 helps the body to process homocysteine and so may lower that risk because of its beneficial effects on the nerves, Vitamin B12 may help to prevent a number of neurological disorders, as well as the numbness and tingling often associated with diabetes. it may also be helpful in treating depression.

How much your body need?

  • Adults : 2 mcg a day 
  • Recommended 100-400 mcg. 
  • Supplementation is very important for older people and vegans (who eat no animal products)

Where you can get?

  • Animals food are the primary source
  • Organ meats (particularly in liver)
  • Brewer’s yeast
  • Oysters
  • Sardines and other fish
  • Eggs
  • Meat
  • Cheese
  • Breakfast cereals. 

Caution!
  • If you take a Vitamin B12 supplement, you must also have a folic acid supplement.

<< HEALTHY LIFESTYLE >>




A healthy Lifestyle


Staying well hinges on a wide range of lifestyle choices that can enhance the quality of your life so that you feel better physically and mentally. Below is a summary of the most important actions to take:

Smoke
If you smoke, give it up. Thousands of premature deaths each year are related to smoking.

Diet
Eat a varied, low fat diet. Experts recommend seven serving of fruits and vegetables each day, plenty of whole grains and low fat dairy products.

Exercise
Exercise regularly. Walking, swimming or playing tennis at least three times a week can help to lower your risk of disease and premature death.

Overweight
Avoid becoming seriously overweight. Keep your weight in check by watching your kilojoules and exercising regularly.

Skin
Protect yourself from the sun. Too much sun damages your skin, promoting skin cancer and cataracts. Examine your skin frequently.

Stress
Control stress. By exercising, meditating and pursuing other activities you enjoy, you can keep stress from becoming overwhelming.

...........KHASIAT LIMAU PURUT..............



Tumbuhan limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix ini tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita.

       Ia tidak ubah seperti limau biasa kecuali daunnya beranak manakala buahnya bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.

     Bagi suri rumah daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas, dan laksa.
Buahnya selalu dijadikan sebagai bahan yang penting dalam upacara mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegarannya.

Antara khasiat Limau Purut :

1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.
2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


Apakah khasiat Limau Purut?

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkanbau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi. 

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat .

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 

Limau Purut baik untuk rambut 

Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan,rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

Saturday, 13 July 2013

PELAJAR DISAMUN DI MESIR...AL-AZHAR



MOHAMAD menunjukkan kecederaan di muka dan badannya.

Kaherah: Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya bersejarah ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki.

Kejadian itu menyebabkan hidung mangsa bengkak dan mengalami pendarahan serius akibat ditumbuk penjenayah yang sebelum itu menyerang mangsa di tepi jalan 200 meter dari kediaman pelajar di Haiyul Asyar, di sini.

Seorang rakan mangsa, Abdullah Afif Said, 21, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan kaki pulang sebelum menyedari beberapa lelaki tempatan cuba menghampiri mereka. 
“Saya yang tidak sedap hati kemudian mempercepatkan langkah sebelum dua daripada penjenayah itu menangkap seorang rakan saya, Abdul Rahman Ahmad, 21. Tiga lagi penjenayah yang muncul entah dari mana kemudian menangkap Mohamad.