Kalau kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng
tetapi saya mesti makan nasi setiap hari,” kata seorang rakan apabila mendengar
saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng
seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak,
meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada
baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat
popular di seluruh dunia. Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda
boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim
kentang. Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai
khasiat lain untuk kesihatan?Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram
kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan
kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold
memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya
dijadikan sebahagian amalan diet.Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral,
fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.“Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang
dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada
pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau
potasium daripada pisang serta mineral penting lain.“Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi
yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet,” katanya pada
majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika
Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.GlutenSelain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas
gluten.Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat
pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus
akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat
amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat
umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai
susu.Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu
mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu
mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong
transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment